Mesyuarat Agung Tahunan Kali ke 8

Utama
Laman Rasmi
Matlamat
Menjadi Ahli
Perutusan
Laman Ahli
Pendaftaran Online
Kalendar Program
Organisasi 2006/08
Galeri Gambar
Pautan
Buku Pelawat
Hubungi Kami

Notis Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-8

1 Oktober 2007 / 19 Ramadhan 1428H

Kepada Ahli –Ahli,

Alumni Sekolah Menengah Agama Wilayah Persekutuan (SMAWP) dan Alumni Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu (SMAP Labu) - (IKMAL)

 

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

 

YB/YBhg./YM/Tuan / Puan / Encik / Cik

 

NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN IKMAL KALI KE-8

Merujuk kepada perkara di atas, pihak kami dengan segala hormatnya memaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-8 Alumni Sekolah Agama Persekutuan Labu (IKMAL) akan diadakan seperti berikut :

                      Tarikh                     : 8 November 2007 (Cuti Umum Deepavali)

                      Hari                         : Khamis

                      Masa                      : 9.00 pagi – 12.30 tengahari

                      Tempat                  : Dewan Tingkatan 6, Sek. Men. Agama Persekutuan Labu.

 

AGENDA

1.                    Ucapan Aluan oleh Presiden IKMAL

2.                    Pembentangan Minit Mesyuarat Agung Tahunan Kali ke 7

3.                    Pembentangan Laporan Bagi Tahun 2006-2007

4.                    Pembentangan Penyata Kira-Kira Bagi Tahun Berakhir Disember 2006

5.                    Perlantikan AJK Baru Sesi 2006-2008

6.                    Membahaskan Usul-usul yang telah diterima

7.                    Ucapan Penangguhan

 

Juga dimaklumkan bahawa selepas selesai mesyuarat, IKMAL akan menganjurkan Majlis Jamuan Hari Raya bersempena dengan kedatangan Syawal 1428H. Diharapkan agar ramai ahli alumni dapat hadir dan memeriahkan lagi Mesyuarat Agung Tahunan IKMAL dan Jamuan Hari Raya pada tahun ini.

Sebarang keterangan lanjut sila hubungi saudara Zaki SPM ‘90 (019-2177129), saudara Zainal Rashid SPM ’86 (012-2055665), saudara Wan Azhar SPM ‘86 (019-2644496), saudara Hanif Hasan SPM ‘85 (012-6832161), saudara Fadhal SPM ‘95 (019-2628759) dan saudari Nurul Husna SPM ’98 (012-3245512)

Sekian dimaklumkan, Wassalam

 

Yang Menjalankan Amanah,

 

MOHAMAD FADHAL BIN MOHAMAD ASRI

Setiausaha Agung IKMAL

Bersama-sama memeriahkan lagi mesyuarat kita