Dana Darul Mal SMAP Labu
Utama
Laman Rasmi
Matlamat
Menjadi Ahli
Perutusan
Laman Ahli
Pendaftaran Online
Kalendar Program
Organisasi 2006/08
Galeri Gambar
Pautan
Buku Pelawat
Hubungi Kami

Pendahuluan

Dana Darul Mal SMAP Labu merupakan satu idea yang dirancang oleh pihak PIBG dan pihak pentadbiran SMAP Labu untuk menjana sumber kewangan bagi merealisasikan kegemilangan SMAP Labu dalam pelbagai aspek. Perancangan Dana Darul Mal ini adalah untuk melahirkan generasi SMAP Labu yang berwawasan dan berketerampilan pada masa akan datang.

Dana Darul Mal SMAP Labu diharap dapat menampung sumber kewangan bagi membiayai pelbagai aktiviti yang telah dirancang merangkumi pelbagai aspek seperti pembangunan fizikal, aktiviti Badan Dakwah dan Kepimpinan (BDK), kegiatan-kegiatan akademik dan kokurikulum.

Kumpulan sasaran penyumbang kepada Dana Darul Mal SMAP Labu ini terdiri daripada dermawan individu/orang perseorangan, ahli-ahli korporat, syarikat-syarikat swasta, institusi kewangan, firma-firma, badan-badan kerajaan dan separa kerajaan.

Matlamat

Mengumpul dana yang mencukupi bagi membantu SMAP Labu menjadi sebuah Sekolah Berasrama Penuh (SBP) yang Cemerlang, Gemilang & Terbilang

Objektif

Objektif utama Dana Darul Mal SMAP Labu ini dirancang adalah seperti berikut:
i.Menyediakan infrastruktur/prasarana yang lengkap dan kondusif.
ii.Melahirkan bakal pemimpin yang berketerampilan, berwawasan dan bertakwa.
iii.Meningkatkan kecenderungan, tarikan dan minat masyarakat terhadap sekolah aliran agama seperti SMAP Labu.
iv.Menampilkan imej sebuah Sekolah Berasrama Penuh (SBP) sesuai dengan kehendak Kementerian Pelajaran.
v.Menjana projek yang dirancang oleh pihak PIBG dan pentadbiran sekolah.

Perancangan Pembangunan

1.Projek Menaik Taraf Masjid SMAP Labu
2.Projek Perpustakaan (e-Library)
3.Projek Wakaf & Lanskap
4.Program Sukan & Riadah
5.Program Pembinaan Sahsiah
6.Program Pembangunan ICT

Untuk menyumbang atau ingin mengetahui lebih lanjut mengenai Dana Darul Mal SMAP Labu, sila hubungi kami atau saudari Norasyikin.

Bersama-samalah kita menyumbang untuk kebaikan dan kegemilangan SMAP Labu.